assalamualaikum....
Aktiviti Bercerita &
Aktiviti Lakonan dalam Didik Hibur
Dalam pengajaran bahasa Melayu, teknik bercerita merupakan teknik pengajaran yang menyeronokkan di samping murid-murid belajar tatabahasa, pemahaman dan juga membina ayat. Hari ini kita lihat bagaimana teknik bercerita memberikan suasana pengajaran yang berlainan kepada kita semua.
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh
dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
PRINSIP
• Pemilihan cerita yang tepat
• Suara yang jelas
• Ekspresi yang sesuai
• Disiplin
• Teknik penceritaan yang sesuai
KRITERIA
A. Pemilihan cerita
- mesej dan nilai
- sasaran/ pendengar
- aspek struktural cerita
- menggerakkan daya imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak
- mudah dihafal
- universal
B. Suara yang jelas
- lantang
- nada dan intonasi
- tempo
C. Ekspresi yang sesuai
- mimik muka
- bahasa tubuh
- keselarasan
- hubungan mata
D. Disiplin
- persediaan awal
- kaji selidik
- menghafal dan menghayati
- membuat latihan
- persiapan alat bercerita
- mengelakkan perkara sensitif
E. Teknik penceritaan yang sesuai
- isi / tema cerita
- gaya penyampaian
- bahasa
- latar
- kepakaran pencerita
AKTIVITI BERCERITA
• Menyanyikan cerita (Contoh, boleh rujuk Selan Osni)
• Lakonan Cerita
• Ceritadrama
• Kerusi Panas (seorang murid duduk di kerusi hadapan untuk menjawab pelbagai soalan berdasarkan isi cerita yang dihayati dan difahami)
• Improvisasi (lakonan spontan berdasarkan skrip dpd isi/peritiwa cerita berkaitan)
• Pemaduan Seni (gabungan seni gerak,seni lukis dll)
Elemen Didik Hibur
3S2KT
• Santai
• Seronok dan Gembira
• Semangat Mencuba
• Kelakar
• Kurang Stress
• Tidak Takut Guru
Prosedur Bercerita
• Permulaan Bercerita
• Pembentukan Bercerita
• Penutup Cerita
LAKONAN DALAM DIDIK HIBUR
Definisi
Lakonan merupakan aktiviti atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia
Jenis Lakonan
• Lakonan Berdasarkan Permainan
- tanpa perancangan dan
- pengalaman yang dilalui
contoh, bermain bola, layang-layang dll.
- murid lakonkan dan yang lain meneka permainan tersebut
• Lakonan Spontan
- tanpa skrip dan pelbagai situasi
• Lakonan Bisu
- lakonan pergerakan tanpa dialog
• Lakon Berkait
- sebutan diikuti dengan perbuatan atau perlakuan
Contoh, saya menyanyi
• Lakonan Berskrip
- Murid diberi skrip
- Murid berlakon mengikut skrip
• Lakonan Boneka
- Dialog sesuai dengan aksi boneka
• Lakonan Nyanyian
- Nyanyian diperdengarkan
- Murid menggerakkan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata Contoh, Lagu
‘Ayah dan Ibu’
• Lakonan Puisi
- Murid melakonkan aksi berdasarkan baris yang diperdengarkan
Contoh, Seloka Pak Kadok
• Lakonan Cerita
- melalui bacaan buku-buku cerita
- melakonkan kembali intipati/peristiwa cerita tersebut
• Lakonan Kaku
- menyerupai ‘pantomime’ melibatkan seorang pembaca skrip dan pelakon
Prosedur Aktiviti Lakonan
a) Sesi pernyataan (permulaan)
b) Sesi Berlakon
c) Sesi Perbincangan