Thursday, 29 November 2012


                  
 Hari ini saya ingin mengajak adik-adik semua belajar membuat burung kertas….
Seronok tau membuatnya..
Bahan untuk membuatnya juga tidak mahal dan sukar dicari.
Adik-adik boleh guna kertas biasa, majalah lama, surat khabar, kertas warna dan sebagainya lah….
Ok, jom kita mulakan aktiviti kita…..!




1.       Mula-mula lipat kertas segiempat sama menjadi segitiga.

 







 
2.      Lipat lagi menjadi segitiga yang kecil.
 


3.      Buka lipatan segitiga kecil, lipat bahagian kanan kertas menjadi segiempat.Buatkan lipatan yang sama pada bahagian kirinya juga.
 

4.      Kemudian buka lipatan segiempat sama yang boleh diselak dan kepilkan lipatan ke bahagian dalam kertas. Buat hingga mendapat bentuk begini. Buat untuk kedua-dua bahagian.


 

5.      Seterusnya, ambil bucu kiri dan kanan dan temukan kedua-dua bahagian seperti gambar di bawah.


6.      Buat lipatan kecil pada bucu kiri dan kanan ke bahagian tengah kertas. Buat kedua-dua bahagian kertas.







7.      Lipatkan bucu bahagian bawah ke atas. Buat kedua-dua bahagian kertas.
 






 
8.      Buka kedua-dua lipatan sisi. Tarik kedua-dua bucu kertas menjadi kepak burung.Klipkan satu bahagian kertas yang tinggal untuk membentuk kepala burung.















 
Inilah dia burung kertas yang telah siap…..cantik kan…..!Selamat mencuba…!









No comments:

Post a Comment