Saturday, 24 November 2012

  assalamualaikum....

Aktiviti Bercerita &
Aktiviti Lakonan dalam Didik Hibur

Dalam pengajaran bahasa Melayu, teknik bercerita merupakan teknik pengajaran yang menyeronokkan di samping murid-murid belajar tatabahasa, pemahaman dan juga membina ayat. Hari ini kita lihat bagaimana teknik bercerita memberikan suasana pengajaran yang berlainan kepada kita semua.


DEFINISI DAN KONSEP
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

PRINSIP
         Pemilihan cerita yang tepat
         Suara yang jelas
         Ekspresi yang sesuai
         Disiplin
         Teknik penceritaan yang sesuai
KRITERIA
A.   Pemilihan cerita
          -        mesej dan nilai
          -        sasaran/ pendengar
          -        aspek struktural cerita
          -        menggerakkan daya imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak
          -        mudah dihafal
          -        universal
B.   Suara yang jelas
          -        lantang
          -        lancar                                         
          -        nada dan intonasi
          -        tempo
C.    Ekspresi yang sesuai
          -        mimik muka
          -        bahasa tubuh
          -        keselarasan
          -        hubungan mata
D.   Disiplin
          -        persediaan awal
          -        kaji selidik
          -        menghafal dan menghayati
          -        membuat latihan
          -        persiapan alat bercerita
          -        mengelakkan perkara sensitif
E.   Teknik penceritaan yang sesuai
          -        isi / tema cerita
          -        gaya penyampaian
          -        bahasa
          -        latar
          -        kepakaran pencerita
AKTIVITI BERCERITA
         Menyanyikan cerita  (Contoh, boleh rujuk Selan Osni)
         Lakonan Cerita
         Ceritadrama
         Kerusi Panas  (seorang murid duduk di kerusi hadapan untuk menjawab pelbagai soalan berdasarkan isi cerita yang dihayati dan difahami)
         Improvisasi  (lakonan spontan berdasarkan skrip dpd isi/peritiwa cerita berkaitan)
         Pemaduan Seni  (gabungan seni gerak,seni lukis dll)

Elemen Didik Hibur
3S2KT
         Santai
         Seronok dan Gembira
         Semangat Mencuba
         Kelakar
         Kurang Stress
         Tidak Takut Guru
Prosedur Bercerita
         Permulaan Bercerita
         Pembentukan Bercerita
         Penutup Cerita
LAKONAN DALAM DIDIK HIBUR
Definisi
Lakonan merupakan  aktiviti atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia
Jenis Lakonan
         Lakonan Berdasarkan Permainan
          -  tanpa perancangan dan
          -  pengalaman yang dilalui
                   contoh, bermain bola, layang-layang dll.
          -  murid lakonkan dan yang lain meneka permainan tersebut
         Lakonan Spontan
          - tanpa skrip dan pelbagai situasi
         Lakonan Bisu
          -  lakonan pergerakan tanpa dialog
         Lakon Berkait
          -  sebutan diikuti dengan perbuatan atau perlakuan
                Contoh, saya menyanyi
         Lakonan Berskrip
          - Murid diberi skrip
          - Murid berlakon mengikut skrip
         Lakonan Boneka
          - Dialog sesuai dengan aksi boneka
         Lakonan Nyanyian
          - Nyanyian diperdengarkan
     - Murid menggerakkan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata Contoh, Lagu   
      ‘Ayah dan Ibu’
         Lakonan Puisi
          - Murid melakonkan aksi berdasarkan baris yang diperdengarkan
          Contoh, Seloka Pak Kadok
         Lakonan Cerita
          - melalui bacaan buku-buku cerita
          - melakonkan kembali intipati/peristiwa cerita tersebut
         Lakonan Kaku
          - menyerupai ‘pantomime’ melibatkan seorang pembaca skrip dan pelakon
Prosedur Aktiviti Lakonan
              a) Sesi pernyataan (permulaan)
          b) Sesi Berlakon
          c) Sesi Perbincangan
 
 
 
 
 
 

1 comment: